Wednesday, June 20, 2012

Fikir dan cakap

“Apapun yang kita pegang, kita kena berani persoalkannya kembali. Sebab kalau meletakkan diri kita sentiasa betul, kita akan jadi seperti mereka yang kita benci” (Fared Ayam) baris ayat ni aku ambik dari buku yang dikarang oleh Zahiril Adzim, Bogel Menuju Tuhan. Secara jujurnya, aku ambil masa yang agak lama untuk menafsir maksud ayat ni. Mula-mula aku baca, aku masih nda dapat tangkap maksudnya padahal semuanya sudah terpampang jelas. Bila dah dapat tangkap maksudnya, aku ambil masa yang lama untuk memproses kandungannya. Bila dah dapat tangkap semuanya, baru sedar memang betul dan sangat betul apa yang disampaikan oleh Fared Ayam. Memang selalu jadi macam tu, kita sibuk bercakap tentang kesalahan orang, kelemahan orang dan ketidaksempurnaan orang yang ada disekeliling kita. Tapi kadang-kadang kita tidak sedar, apa yang kita cakap tentang orang lain tu, kita buat juga sebenarnya, Cuma kita yang tidak perasan. Tak percaya? Cuba fikir dan renung-renung balik. Aku macam tu jugak, kadang-kadang benda yang aku nda suka tengok yang orang lain buat, sebenarnya aku buat juga. Kadang-kadang. Sebab tu sekarang aku sangat berhati-hati bila bercakap tentang orang. Aku takut apa yang aku nda suka tu, aku buat. Kalau aku mahu tegur sekalipun, aku akan pastikan yang aku betul-betul tidak pernah dan tidak akan buat perkara tu. Tak salah sebenarnya kita menegur, sedangkan Islam menyeru agar kita saling nasihat-menasihati, tapi menegur tu kenalah molek dan tidak menyakiti orang lain. Kita kena ingat tujuan menegur tu untuk memberi kesedaran dan bukan untuk menjatuhkan. Hakikatnya, kita semua kena macam tu. Bukan suka-suka hati cakap pasal orang lain. kita kena sedar, bukan semua dalam dunia ni sempurna dan bukan semua mampu ikut kemahuan kita. Dunia ni dan isinya bukan berputar dan berjalan seperti kemahuan kita. Kita hanya salah seorang makhluk yang berjalan disini mengikut apa yang telah ditetapkan oleh-Nya. Jadi, kena fikirla. Setiap apa yang kita pegang tu atau prinsip kita atau apa-apa saja yang kita suka atau nda, kita kena persoalkanya kembali. Bila ada insan-insan yang melanggar apa yang kita pegang tu, tak perlu la cepat melatah. Kita kena faham, manusia bukan semua sama. kita tak boleh memaksa orang lain untuk mengikut cara kita. Ingat, dunia bukan berputar atas kehendak kita. Perlu bijak menilai, menyesuaikan, menerima dan menghormati. p/s-pesanan untuk diri sendiri yang tak sempurna jugak =)

Sunday, June 17, 2012

Perubahan

Orang kata, salah satu cara mau melupakan sesuatu atau seseorang ialah dengan membuat perubahan…kebiasaan yang kita dapat lihat, perubahan dari segi fizikal atau penampilan…biasanya kita dapat tengok masa tahun baru…semua nak baru, kenapa? Katanya mau melupakan yang lama…bila putus cinta, ubah penampilan…lepas tu buang semua benda-benda yang kita dapat daripada ex atau bekas pasangan tu…KEBIASAANNYA la…tapi, in my opinion...tidak perlu rasanya buat semua tu…kalau kita buang semua tu rasanya belum tentu kita dapat lupa, kan?…sebabnya kenangan bukan terletak pada barang-barang tu, kenangan terletak kat minda dan hati…buang la semua, pindahlah jauh-jauh sekalipun…selagi kita masih ingat dengan yang lama, selagi tu kita tidak akan dapat lari dari cerita semalam…so, macam mana mau melupakan sesuatu atau seseorang yang sememangnya kita mau lupuskan dari ingatan? Bukan mudah tapi bukan mustahil…based on buku yang aku baca, The Secret:The Power…kalau kita xsuka atau mau lari dari cerita semalam…just turn around and leave them without giving any feeling…feeling yang cuba disampaikan disini ialah rasa benci, sedih or what so ever la…xperlu letak perasaan benci dengan sesuatu atau seseorang yang buat kita sedih…sebab berdasarkan teori attraction, semakin kita benci sesuatu atau seseorang tu, semakin benda tu datang kepada kita…sebab tu dalam lagu-lagu melayu ada yang cuba sampaikan mesej yang berbunyi…semakin jauh dibuang, semakin dekat dia datang…hah! Jelas dah kan kenapa jadi macam tu…so far, aku masih gagal lupakan cerita semalam…bukan sebab aku benci, tapi I just can’t forget it :D