Tuesday, May 29, 2012

Mereka =)

Mengenali seseorang memakan masa yang amat panjang, cukup lama…hingga tidak terhitung detik waktu yang mengejar…sepanjang tempoh yang dilalui, kita mula kenal warna masing-masing, mula belajar menerima orang lain dan mengubah apa yang kurang lalu disesuaikan dengan persekitaran kita…berubah, mulanya memang sangat susah tapi, lama kelamaan kita hidup bersama dibawah satu induk yang tidak berbeza, kita mula membuka ruang yang selama ini tertutup oleh rasa yang dipanggil self-centered…bila mula membuka diri untuk orang lain, untuk persekitaran baru, untuk dunia baru…baru kita rasa LIFE…kita rasa ENJOY, BANGGA dengan mereka yang ada disekeliling kita hari ini…sekarang…mungkin mereka tidaklah sama seperti yang lama, tapi kan yang lama itu memori dan yang baru itu realiti…bukanlah bermaksud mahu melupakan yang lama…yang lama masih dalam ingatan, masih terlipat dan tersimpan erat kenangan bersama mereka kerana mereka merupakan insan-insan yang mula dikenali sewaktu mula melangkah kaki ke alam pendidikan kedua…buat mereka-mereka yang ada sekarang…disini…TERIMA KASIH atas memori yang tercipta, gelak tawa yang tak sudah, susah senang yang dilalui bersama…JATUH SAYANG dengan kamu semua disini…(kuikuikui..emoemoemo..*TLL* tetak lekik lekik)

0 comments:

Post a Comment