Friday, December 16, 2011

Peduli

aku memang peduli…peduli pasal orang yang peduli pasal aku..tapi kadang-kadang orang yang aku peduli tak pernah pun pedulikan aku..ah, persetankan saja..yang penting aku peduli..baru sekarang aku mengerti erti sunyi..ya, sepi..bila mana saat yang lain pergi dan aku masih disini menggenggam memori..detik ini aku mula mencari yang hilang..mencari mereka-mereka yang nama mereka pernah tertulis dalam lipatan buku-buku ku..mulalah bertandang rasa yang ku selindung disebalik gelak tawa selama ini..ya, rindu..rindu pada teman sepermainan dan seperjuangan yang dulu..masing-masing telah melakar cerita hidup sendiri..aku? ah..usah ditanya..bila aku jejak kaki di pekan kecil ini…mulalah hati rasa dicarik-carik..berkoyan-koyan rindu yang membuak-buak..mula la aku tercari-cari suara-suara yang pernah mewarnai hari-hariku dulu..gelak tawa mereka..ya, itu yang aku rindu! Maaf sahabat andai kadangkala aku menyepi..bukan aku lupa, tapi aku manusia..manusia yang kadang-kadang tidak tahu meluah rasa..ya, itu aku! Insan yang tidak tahu meluah rasa! Tapi aku ingin kalian tahu…kalian sentiasa di hati..walau kita jauh beribu batu sekalipun…kenangan yang pernah tercipta mustahil kan luput begitu sahaja dari peti memori..

dedikasi buat teman-teman yang sedar kewujudan aku dalam kamus hidup mereka!

Bebas :D

Ah..aku masih lagi lemah rupanya..
melihatkan kenyataan itu..
semakin rapuh hati yang sudah aqueous ..
masih aku tercari-cari bayang-bayang
walau hanya sinar tanpa rupa..
namun masih jua ku rindui

ada apa pada bayang..
sekadar warna warna hitam tanpa seri..
sendirinya tidak tahu yang aku masih memuja
walau dalam gelapnya..

masih belum bergerak rupanya aku..
cuba melangkah namun berat
kaki membentuk tapak tapak di tanah

ku dongak ke atas
mengintai langit yang ku junjung..
luasnya membukakan fikrah mencantas
semak samun minda kerana emosi
ku carik satu persatu
bersepah diatas tanah bumi yang ku pijak..

merontaku dalam hitam
membuang segala kelam
kemelut jiwa..
terlerai satu persatu tali tali halus rasa..
sorak ku laung
simbolik bebas hati!


p/s> sudah tu sudah..

Riang Ria Cuti Sekolah!!

cuti kali ney aku habiskan dengan sepupu-sepupu cilik aku..Alanis,Alritzq n Alwaez..meriah cuti kali ney..hahaha.."kak ain,boleh kami tgk movie?", "kak ain, kakak ain buat apa?" hari-hari dialog ney la aku dngar..agaga..bila dah petang "aris, waez, naik mandi!!" kecoh sekampung..lalala...tapi diaorang ney la penghibur masa-masa cuti aku..yala, kalau aku sorg2..sunyila rumah ney..



p/s-minggu terakhir diorang kat sini..sunyila rumah ney balik..huhu..

Tuesday, December 13, 2011

Diamkan

Aku memang dah lali, lali dengan bicara mulut manusiawi yang tak tahu menahu tentang perasaan orang lain…bila telinga ni dihidang dengan bicara-bicara kurang enak..Cuma perkataan SABAR dapat aku tiupkan dalam hati supaya seketul darah itu tidak dirasuki amarah… kadang-kadang tak tertanggung dek hati, adakala tumpah juga air itu..aku memang aku sensitive..tapi orang anggap aku cenggeng! Ah peduli! Aku cepat tersentuh..biasalah, perempuan memang begitu lumrahnya..
aku terdidik begini, ini cara aku diajar..biar apa kata mereka..diamkan saja..kenapa?? bila mereka letih, mereka berhenti..tak perlu kita luah kata-kata balas, kelak bertambah dosa berbakul-bakul..biar diam, asal berisi..kelak mereka akan sedar..dan kini, sedikit demi sedikit kebenaran didikan itu terbukti..biar apa kata mereka, biar serendah mana mereka memandang aku..aku mampu buat apa yang aku mahu! Aku tak mahu dikata riak, biar mereka nilai sendiri..satu hari aku akan buktikan, yang dibawah pasti boleh mendaki ke atas..sama seperti mereka..dulu aku Ain, sekarang aku masih Ain..tapi Ain sekarang mampu berfikir walau aku diam tapi aku tahu menilai satu persatu laku kamu..satu persatu bicara aku mampu tafsir..aku bukan 9 tahun..tapi aku 19 tahun!