Tuesday, December 13, 2011

Diamkan

Aku memang dah lali, lali dengan bicara mulut manusiawi yang tak tahu menahu tentang perasaan orang lain…bila telinga ni dihidang dengan bicara-bicara kurang enak..Cuma perkataan SABAR dapat aku tiupkan dalam hati supaya seketul darah itu tidak dirasuki amarah… kadang-kadang tak tertanggung dek hati, adakala tumpah juga air itu..aku memang aku sensitive..tapi orang anggap aku cenggeng! Ah peduli! Aku cepat tersentuh..biasalah, perempuan memang begitu lumrahnya..
aku terdidik begini, ini cara aku diajar..biar apa kata mereka..diamkan saja..kenapa?? bila mereka letih, mereka berhenti..tak perlu kita luah kata-kata balas, kelak bertambah dosa berbakul-bakul..biar diam, asal berisi..kelak mereka akan sedar..dan kini, sedikit demi sedikit kebenaran didikan itu terbukti..biar apa kata mereka, biar serendah mana mereka memandang aku..aku mampu buat apa yang aku mahu! Aku tak mahu dikata riak, biar mereka nilai sendiri..satu hari aku akan buktikan, yang dibawah pasti boleh mendaki ke atas..sama seperti mereka..dulu aku Ain, sekarang aku masih Ain..tapi Ain sekarang mampu berfikir walau aku diam tapi aku tahu menilai satu persatu laku kamu..satu persatu bicara aku mampu tafsir..aku bukan 9 tahun..tapi aku 19 tahun!

0 comments:

Post a Comment