Friday, December 16, 2011

Bebas :D

Ah..aku masih lagi lemah rupanya..
melihatkan kenyataan itu..
semakin rapuh hati yang sudah aqueous ..
masih aku tercari-cari bayang-bayang
walau hanya sinar tanpa rupa..
namun masih jua ku rindui

ada apa pada bayang..
sekadar warna warna hitam tanpa seri..
sendirinya tidak tahu yang aku masih memuja
walau dalam gelapnya..

masih belum bergerak rupanya aku..
cuba melangkah namun berat
kaki membentuk tapak tapak di tanah

ku dongak ke atas
mengintai langit yang ku junjung..
luasnya membukakan fikrah mencantas
semak samun minda kerana emosi
ku carik satu persatu
bersepah diatas tanah bumi yang ku pijak..

merontaku dalam hitam
membuang segala kelam
kemelut jiwa..
terlerai satu persatu tali tali halus rasa..
sorak ku laung
simbolik bebas hati!


p/s> sudah tu sudah..

0 comments:

Post a Comment