Thursday, July 28, 2011

HaMba =)

Pesanan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani:

jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkan dalam hatimu "mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia"

jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu "anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu " dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku"

Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu "orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa yang ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku"

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah dalam hatimu "orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil(tidak tahu) sedanagkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku"

jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu," aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak,mungkin pada akhir usia dia, memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk.."

p/s: ~timbulkan la rasa kehambaan dalam diri ye..kewujudan kita di sini pown dgn izin Allah..so sedar2 la,berpijakla pada bumi yang nyata...
~Hidayah tu milik Allah..walau sekuat manapun usaha kita untuk bimbing orang, kita xbleh paksa someone untuk berubah sebab hidayah tu milik Allah...kita xtaw kan anytime ja Allah bleh bagi hidayah tu n jgn lupa gak, hidayah tu bleh ditarik balik..so, DOA la spaya hidayah tu sentiasa ada dengan kita =)

0 comments:

Post a Comment