Wednesday, July 27, 2011

Tolong Ingatkan Saya ye..^^

Tolong ingatkan saya,
andai saya terlupakan tuhan,
dalam kelapangan dan kesibukan,
dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkn saya,
jangan jadi anak derhaka,
mak ayah dilupa jangan,
usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
supaya ingat pesan guru,
bukan sekadar peringatan,
tetapi tarbiyah berpanjangan.

Tolong ingatkan saya,
di mana islamnya zahirku,
jika aurat didedahkan,
disingkat,diketat dan di jarangkan.

Tolong ingatkan saya,
jadi sahabat yang baik,
sentiasa memberi ingatan,
sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
dalam memilih utamakan iman,
kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
hidup ini satu kembara,
kutiplah mutiara dalam perjalanan,
moga disana mejadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
diri ini milik yang kuasa,
kepadaNya jiwa diserahkan,
segalanya Dialah tumpuan.

buat renungan semua..iman 2 ada pasang surutnya..kadang2 kita tersasar dari landasan yang dh ditetapkan..so, kita kenala saling ingat-mengingatkan..2 la tanggungjawab kita kat atas muka bumi ney...kalau ada yang tersilap, tolongla tunjukkan jalan yang betul...renung2kan dan selamat beramal...=)

0 comments:

Post a Comment